Thursday, 8 March 2018

Minyak Buluh Perindu Warisan Anugerah

MINYAK BULUH PERINDU WARISAN ANUGERAH 

Minyak Buluh Perindu Warisan Anugerah ialah Minyak yang telah dicampur dengan Buluh Perindu. Minyak ini didoakan  mengunakan surah-surah dan doa doa terpilih sahaja, tetapi mustajab dengan izin ALLAH. Oleh itu jangan tersalah guna kepada yang niatnya yang tidak baik dari segi agama dan syarak.

Pemakaian minyak buluh perindu ini tidak memerlukan apa-apa bacaan ayat-ayat istimewa atau amalan-amalan lain. Hanya pakai, niat dan yakin dengan kebesaran dan kekuatan Allah S.W.T serta tawakal kepadaNya. Keyakinan terhadap Allah S.W.T adalah dasar utama.

Niat kami untuk memperkenalkan Minyak Buluh Perindu Warisan Anugerah sebagai ikhtiar penyelesai masalah dengan izin Allah dan tiada maksud untuk mendapatkan keuntungan semata-mata. Moga Allah S.W.T jua memberi keredhaannya di atas niat kami ini.

Antara khasiat dan kelebihan minyak perindu ini:

1.    Membuatkan si pemakai Nampak berketrampilan dan seperti ada aura menarik jantina lawan pada diri si pemakai.

2.    Orang di sekeliling akan berasa selesa apabila berdampingan dengan si pemakai

3.    Jika dipakai oleh peniaga, maka pelanggan akan senang dan bertambah.

4.    Jika dipakai oleh pasangan kekasih, maka hubungan akan menjadi semakin erat.

5.    Jika dipakai oleh lelaki/perempuan untuk mencari jodoh, maka jodoh dipermudahkan dengan izin Allah S.W.T tanpa disangka-sangka.

6.    Jika dipakai di tempat kerja, maka pihak atasan dan rakan sejawat akan mudah berurusan dengan si pemakai .

7.    Jika dipakai oleh pasangan suami/isteri, maka hubungan 
akan menjadi semakin intim.

8.    lain-lain lagi, bergantung kepada niat dan hajat.

Tidak ada yang mustahil bagi Allah S.W.T dan yang paling penting , kita sebagai hambanya hendaklah sentiasa berdoa kepadanya agar dimakbulkan hajat. Minyak buluh perindu ini hanyaklah sebagai asbab (cara) untuk kita ikhtiarkan sesuatu dan kita hanya menggunakan khasiat yang ada padanya dengan izin Allah S.W.T , barulah niat dan hajat kita  tercapai. Dengan aura yang terhasil dari tubuh, maka fizikal dan minda si pemakai akan merasai khasiat dan keistimewaannya sendiri.

CARA PEMAKAIAN/KEGUNAAN;

Langkah 1: Menghadap Kiblat

Langkah 2: Sapukan Sedikit Minyak Buluh Perindu Dijari Telunjuk Kanan,Dan Gosok Dijari Ibu Jari Kanan Serta Selawat 3x Dan Doa “Ya Allah... Jadikanlah Minyak Buluh Perindu Ini Sebagai Pelaris, Pengasih, Penyayang Dan Penyeri Bagi Diriku” 1x.

Langkah 3: Kemudian  Kedua-Dua Jari Telunjuk Dan Ibu Jari Tadi Sapu Di Kedua-Dua Kening. Caranya, Sapukan Bermula Dari Pangkal Kening Hingga Hujung Kening 3x. Kemudian Jari Telunjuk Kanan Tadi Ditekan Diatas Bibir 1x, Dibawah Bibir 1x. Amalkan 1hari 1x Ataupun 2x Ataupun Pada Masa-Masa Tertentu.

#CARA KEGUNAANYA (setiap hari):

Bolehkah atau perlukah saya calit minyak ini pada orang lain.?
      Minyak ini tidak perlu dicalit pada orang lain kerana ianya hanya untuk diri sendiri. Tujuan pemakaiannya adalah semata-mata untuk menerbitkan aura dan energi positif dalam diri seseorang dengan izin Allah. Contohnya, apabila seseorang melihat dan berbual dengan kita, orang itu akan berasa untuk berkawan dan menghormati kita. Teramat penting kita menjaga niat masa memakainya, iaitu biarlah berniat baik dan tidak menyusahkan orang lain.

Sesungguhnya segala kebaikan dan keberkesanan minyak buluh perindu ini datangnya dari Allah dan dengan izinnya InsyaAllah. Tiada pemakaian kain-kain kuning atau hitam yang bersifat Jin dan Syaitan.

PANTANG LARANG:
Jangan sesekali Minyak Buluh Perindu ini dibawa ke Tandas, yang sudah disapu pada tubuh badan tidak mengapa dan adalah lebih elok ditinggalkan sahaja dalam rumah atau dalam kereta atau di laci wang. Jangan dilangkah. Sifat minyak ini adalah putih dan bersih.
Jika dibawa ke tempat tempat haram seperti premis perjudian dan arak ; minyak buluh perindu ini akan jadi Tawar dan khasiatnya akan pudar selama-lamanya, maka berhati hati.
Jangan terlalu suka, gembira jika tercapai sesuatu hajat tetapi hendaklah sentiasa bersyukur.

PERINGATAN:
MINYAK BULUH PERINDU WARISAN ANUGERAH ini tidak boleh dibawa menziarahi orang mati dan ke kubur.

“Pengunaan Minyak Buluh Perindu hendaklah dengan NIAT bahwa bukan Minyak itu yang berkuasa tetapi Allah yang menjadikan Minyak itu berkhasiat , bermakna hendaklah berhati hati dan berdoalah dengan nama Allah semasa memakainya untuk mengelak kita dari  Syirik. (Ustaz Azhar Idrus).”

Related:

Berminat Call/Whatapp:
017-8822937 Nazry


https://m.facebook.com/Warisan-Anugerah-375068559625082/

Thursday, 15 February 2018

Minyak Celak Warisan Anugerah


Apa itu minyak celak?

Minyak celak adalah minyak kelapa ditambah dengan doa-doa khas yang terdapat dalam Al-Quran dan telah dipraktikkan oleh masyarakat melayu sejak berabad lalu. Di sebelah utara di panggil atau lebih dikenali dengan nama minyak celak. Di sebelah selatan lebih dikenali sebagai minyak sawan.

Anak kecil anda kerap menangis malam?
mungkin sebab kembung perut, badan tak selesa atau tak mustahil juga diganggu / usik MAKHLUK HALUS. kondisi badan bayi yang masih lemah dan terdedah jugak menjadikan ia antara sasaran makhluk-makhluk ini. Kekerapan gangguan yg berterusan boleh mengakibatkan bayi menangis tanpa henti dan mengakibatkan terjadinya sawan tangis. Kalau orang dulu-dulu, mesti akan guna minyak celak pada bayi yang kerap menangis tengah-tengah malam @ sewaktu maghrib.

Minyak Celak Warisan Anugerah ini diwarisi turun temurun daripada nenek moyang terdahulu. Ia disyifa’kan dengan ayat-ayat suci al-Quran dan doa-doa maksurat. Ia sesuai untuk kanak-kanak menangis gangguan, sawan dan orang dewasa yang diganggu makhluk halus.

Cara Guna:
Caranya mudah sahaja. Mulakan dengan bismillah, selawat & surah Al Fatihah. Sapu minyak pada pergelangan tangan, kedua-dua belakang telinga, sendi bahu, siku dan buku lali.

Apakah hukum penggunaan minyak celak untuk mengelakkan ganguan makhluk halus?
          # Hukum menggunakan minyak celak untuk mengelakkan gangguan makhluk halus adalah harus dengan syarat tidak menyakini minyak tersebut boleh menghalang makhluk halus. Hanya Allah S.W.T yang maha berkuasa menghalang gangguan makhluk halus berkenaan.

https://m.facebook.com/Warisan-Anugerah-375068559625082/


Wednesday, 24 January 2018

Minyak Panas Serai Wangi Warisanan Anugerah

      Serai wangi memang popular dalam perubatan tradisional Melayu. Antara ciri-ciri dan kelebihan Minyak Panas Serai Wangi Warisan Anugerah adalah menggunakan bahan-bahan terpilih didalam satu botol yang penuh dengan khasiat yang terbaik dan dijamin berkualiti. Berbau harum macam minyak aromaterapi, melegakan dan selesa.

Kegunaan:

-Membantu melegakan ketegangan urat, sendi, saraf dan lenguh anggota badan, membantu melancarkan perjalanan darah, melawaskan dan melancarkan pembuangan air kecil, juga legakan kembung perut, senak, senggugut, merawat gigitan binatang berbisa dan lain-lain.

Tuesday, 23 January 2018

Minyak Akar Seruntun Warisan Anugerah

       Akar seruntun atau nama saintifinya Tinosprora tuberculata memang tidak asing lagi di kalangan pengamal perubatan tradisional kerana ia amat terkenal dengan pelbagai khasiat. Akar seruntun juga popular dikenali dengan nama patawali, putawali, brotowali, atau batang wali.
     Keistimewaan Minyak Akar Seruntun Warisan  Anugerah dirumus secara tradisional boleh mengurangkan bengkak-bengkak, lebam kebiruan pada kulit, juga boleh mengubati pelbagai penyakit seperti kebas kaki tangan, patah tulang, terseliuh, terkena api atau air panas, luka-luka, terkena gigitan serangga berbisa, alahan kulit dan lain-lain.

Cara Guna
Titiskan sedikit minyak ditempat yang sakit atau patah, sapu atau usap perlahan-lahan selama 5 - 10 minit, gunakan bahagian tapak tangan, kemudian gerakkan perlahan-lahan, tidak perlu dipicit-picit, InsyaALLAH anda akan mendapat hasilnya dalam masa yang singkat.

Info
Minyak akar seruntun tidak panas,boleh digunakan untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak dan bayi baru lahir.

Monday, 22 January 2018

Minyak Cacing Rambu Warisan Anugerah



Pada abad sekarang banyak pilihan ubatan moden untuk rawatan cacing rambu, namun tidak salah jika mencuba kaedah tradisi nenek moyang kita. Sudah pastinya ianya tiada bahan-bahan kimia. Minyak Cacing Rambu Warisan Anugerah dirumuskan secara tradisional menggunakan bahan-bahan semulajadi dan tiada bahan pengawet makanan. Sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.


Cara guna:
Sapu pada bahagian perut dan 
diminum 1 sudu teh 2 kali sehari.
Bila perlu sahaja.

Apa itu cacing rambu atau cacing cambuk?
    Nama cacing rambu atau cacing cambuk boleh dikenali berdasarkan kepada ciri-ciri bentuk cacing dewasa. Cacing dewasa berkuran diantara 3-5 cm panjang dan boleh hidup diantara 1-3 tahun. Ia membenamkan hujung badannya pada dinding usus besar manusia. Cacing rambu atau cacing cambuk betina boleh menghasilkan lebih dari 10,000 telur dalam masa sehari dan dikeluarkan dalam najis manusia.

Apakah tanda dan gejala?
Jangkitan ringan (kurang dari 100 cacing)
  • Kemungkinan tiada sebarang tanda dan gejala.
  • Kadang-kala kanak-kanak mengalami kembung perut, cirit birit, sembelit atau perut rasa tidak selesa (sebu).
Jangkitan teruk (melebihi 100 -1000 cacing) kemungkinan diikuti dengan tanda dan gejala berikut:-
  • Sakit perut.
  • Muntah.
  • Cirit-birit (kemungkinan mengandungi darah)
  • Pucat(kurang darah).
  • Hilang selera makan.
  • Susut berat badan.l
  • Bahagian akhir usus besar terkeluar ( Rectal Prolapse).
  • Pembesaran terencat.
Apakah bahaya jangkitan cacing rambu atau cacing cambuk?
Bagi kes yang teruk, dehidrasi dan kekurangan darah berlaku akibat daripada cirit-birit berdarah. Bahagian akhir usus besar terkeluar kadang-kala berlaku.








Thursday, 18 January 2018

Warisan Anugerah

Warisan Anugerah adalah usahawan bumiputra yang mengeluarkan minyak ubat traditional pelbagai kegunaan luar dan dalam dirumus secara tradisi warisan turun menurun untuk menyembuhkan pelbagai penyakit. Ini adalah rahsia alam yang sukar diungkai, cara penyediaan adalah bersih serta halal.

Wednesday, 17 January 2018

Minyak Urut Serbaguna Warisan Anugerah

Minyak Urut Serbaguna Warisan Anugerah sesuai digunakan sebagai bahan sampingan ketika rawatan urut tradisional,untuk memulihkan penyakit gangguan saraf dan  melancarkan perjalanan darah  seperti sakit pinggang,lenguh-lenguh badan,terseliuh. Sesuai untuk urutan lelaki. Minyak urut serbaguna ini cepat menyerap kedalam  kulit bagi meredakan sakit urat, otot-otot, juga boleh digunakan untuk merawat luka-luka kecil atau sakit akibat sengatan serangga. Ianya sesuai untuk kanak-kanak kecing malam dan kencing tidak lawas, kembung perut dan sebagainya. InsyaAllah 

Info: Minyak ini tidak panas dan selamat untuk aplikasi kulit secara langsung, tidak akan menyebabkan kulit sensitif atau gatal.


Call/ WhatsApp agen kami
017-8822937 Naztreize Ent 
017-9755519 WanyBNK (Lembah Pantai, KL & Kelantan)
013-4073737 Maliki (Perlis)

Tuesday, 16 January 2018

Minyak Panas Kayu Merah Warisan Anugerah

Minyak Panas Kayu Merah (WARISAN ANUGERAH)

Adalah herba tradisi Melayu Patani yang masyhur di selatan Thailand. Kini warisan agung tersebut telah dirumuskan khas untuk perjalanan hidup bagi mereka yang aktif sepanjang hari. Ianya mudah meresap pada kulit dan tidak melekit. Sesuai juga untuk kanak-kanak. Melegakan lenguh-lenguh sendi, sakit lutut, sakit otot (muscle pain), sesuai untuk senggugut, bisul, gigitan serangga, sakit urat, bengkak-bengkak, gatal-gatal pada kulit, panau, kurap, luka-luka kecil, kembung perut dan sebagainya. InsyaAllah

Call/ WhatsApp agen kami:
017-8822937 Naztreize Ent 
017-4563835 Hasenah (Felda Bkt Tangga, Kedah)
017-4298264 Bani (Sg Petani, Kedah)
017-9755519 WanyBNK (Lembah Pantai, KL & Kelantan)
013-4073737 Maliki (Perlis)